Sekilas Pandang

Rafahia Holdings Berhad (1433163-A) yang sebelum ini bergerak di atas nama syarikat Legasi Sufi Resources (M) Sdn Bhd telah berada di dalam industri perniagaan sejak 3hb Oktober 2011 lagi. Hanya bermula dengan jenis perniagaan Penternakan dan Perladangan, kini telah berkembang maju dengan mempunyai beberapa anak syarikat lain yang menjalankan jenis perniagaan yang pelbagai, antaranya seperti Perkhidmatan Kereta Sewa Mewah dan Membekal Keperluan di Pelantar Minyak, Pengkalan Tok Bali, Kelantan.

Selain itu juga, kini Rafahia Holdings Berhad terlibat di dalam industri Pelancongan dengan menyediakan Perkhidmatan Sewaan Bot Persendirian yang membawa penumpang ke Pulau Perhentian, Terengganu. Kini, Rafahia Holdings Berhad juga sedang bergerak ke arah yang lebih dinamik dengan terlibat di dalam industri Marin & Aviasi seiring dengan dasar Revolusi Industri 4.0 Malaysia.

  • Memberikan nilai kerja yang terbaik kepada pelanggan dengan melengkapkan semua akreditasi yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
  • Ketulusan didalam menyampaikan hasil kerja yang terbaik kepada pelanggan kami.
  • Mencapai sasaran akauntabiliti syarikat yang berintegriti.

Sijil dan Kelayakan

PERAKUAN PEMERBADANAN RAFAHIA HOLDINGS BERHAD